Smiles so bright

Thursday, December 15, 2011

Ahdia Melawat Upin Dan Ipin

Melayan Cerita Upin Dan Ipinla,apalagi...khusyuk!!





Dengan Abang Barry

Kalau nak tahu, Ahdia ni minat sangat dengan Upin dan Ipin. Hari-hari nak tengok cerita Upin dan Ipin kalau boleh. Hari ni Ahdia melawat Studio Upin dan Ipin,tengoklah gambar-gambar di bawah ni,berposing sakan Ahdia di studio tu..Agaknya Ahdia tahu ke tidak siapa Upin dan Ipin tu?

Tuesday, December 13, 2011

Gunting Rambut

Rambut Ahdia dah panjang, tapi ibunya sayang nak potong. Cuma potong bahagian depan je supaya tak tutup mata.Tengoklah aksi Ahdia masa rambutnya digunting,terbaeeekkk punya posing!






Sunday, December 11, 2011

Jalan-jalan Cari Makan

Macam biasa, di hujung minggu jer,Ummi pasti sibuk dan tak der di rumah.Minggu ni Ummi tak der kelas hari Jumaat, tapi hari Sabtu ada kelas,so pagi-pagi lagi dalam pukul 5.30 pagi, Ummi bertolak ke Tg.Malim.Jadinya,semalam taklah dapat nak update pasal Ahdia. Kelmarin Ahdia bersama Ibu and Abang Nazirnya keluar jalan-jalan cari makan dan juga shopping. Ahdia ke Subang Parade dan juga ke Jaya Jusco Setiawangsa.Di Subang Parade Ahdia singgah makan kat Uncle Lim's dan di Setiawangsa, Ahdia ke Johnny's..Hmmm..sedapnya Ahdia makan..dah lama Ummi tak ke Johnny's ni..len kali jangan lupa ajak Ummi sama yer..





Beli Slipper baru...!


Yum,yum,yum..sedapnya..!



Friday, December 9, 2011

Ahdia Dengan Justin Bieber Dan Kate Winslate

Masa Ahdia bercuti di London baru-baru ni, Ahdia dapatla bergambar dengan Justin Bieber dan Kate Winslate..seronoknya dia walaupun dengan patung lilin mereka tu jer di Madame Tussauds..hehe.

Ahdia bersama "Justin Bieber"


Ahdia bersama "Kate Winslate"



Tuesday, December 6, 2011

Letih Sangat

Pagi semalam Ahdia dan family dah selamat sampai di Malaysia.Tapi semuanya keletihan, so tak tak dapat nak korek cerita pasal Ahdia lagi. Juga nak tunggu gambar-gambar dia yang comel lote masa kat sana ari tu..

Wednesday, November 30, 2011

Sedang Bercuti

Nur Ahdia Izyan ni anak saudara saya iaitu anak daripada adik saya yang kedua, Norila.Ahdia memang comel (kan,kan?),keletah and suka posing depan kamera.Ahdia tengah bercuti kat London dengan family dia sekarang ni.Gambar-gambar dia kat London ni Ummi dia "curi" dari facebook ibu dia..haha!



Dengan  Baba, Kak Mima and abang-abang
Ahdia and Ibu


Dengan Abang Amer